Pages

Thursday, 23 May 2013

KELAINAN PURI BLUEBERI

puri 

Membuat sendiri makanan untuk bayi memang digalakkan. Kebersihan dan keselamatan terjamin untuk si manja. Namun kadang kala buntu juga memikirkan puri yang sesuai untuk bayi.

 

Terasa bosan menyediakan puri kentang, epal, lobak merah mahupun brokoli? Apa kata kali ini anda cuba pula membuat puri blueberi. Mana tahu si comel menggemarinya.

 

Anda disarankan merebus terlebih dahulu buah blueberi mentah jika memperkenalkan puri ini kepada bayi seawal usia 7 – 8 bulan atau sekiranya si kecil didapati mempunyai masalah berkaitan penghadaman makanan lain.

 

Puri Blueberi Stew

 

Bahan-bahannya:

 

½ cawan buah blueberi (segar atau dingin beku)

 

Cara membuatnya:

 
  • Didihkan air. Tambah blueberi dan biarkan mendidih hingga 15 minit 
      atau lembut. 

  • Asingkan air rebusan dan blueberi. Kisar blueberi sehingga menjadi puri. 

  • Jika perlu boleh tambahkan lebihan air rebusan ke dalam puri. 

  • Tambah bijirin bayi (jika mahu) untuk memekatkan puri.
 

Makanan bayi yang sesuai ditambah bersama blueberi


  • Bubur
  • Barli
  • Oat
  • Epal
  • Pir
  • Yogurt

No comments:

Post a Comment