Anak lelaki ke perempuan?
1. Pergerakan bayi yang pertama
Sudah menjadi lumrah dunia lelaki lebih aktif dan kuat berbanding
perempuan. Ibu yang hamil bayi lelaki biasanya merasakan pergerakan
bayinya seawal 2-3 bulan. Manakala bayi perempuan agak lewat berbanding
bayi lelaki iaitu pada bulan kelima atau enam.
2. Bahagian pergerakan bayi yang kerap
Anda akan merasakan tendangan dan pergerakan yang kerap di bahagian
kiri jika jantina bayi anda perempuan. Dan, bayi lelaki pula sebaliknya,
di bahagian kanan. Sesetengah ibu hamil juga mengatakan posisi tidur
jika hamil bayi perempuan juga lebih cenderung ke arah kiri . Sebaliknya
pula jika menghamilkan bayi lelaki.
3. Bentuk perut
Cara ini adalah cara yang paling diketahui umum terutamanya jika si ibu
mempunyai saiz kandungan yang agak besar dan mudah dilihat. Perhatikan
perut anda pada cermin, Jika jantina janin anda adalah perempuan, maka
perut anda akan kelihatan sangat bulat dan pinggang anda terasa penuh.
Jika hamil bayi lelaki, perut anda akan kelihatan samada lebih bujur dan
panjang ataupun kelihatan agak tajam dari sisi depan. Bahagian pinggang
akan terasa lebih kosong.
4. Orang memuji anda
Cara
ini adalah cara untuk anda mengetahui jantina bayi anda perempuan
sahaja. Sesetengah ibu biasanya akan kelihatan lebih cantik dan berseri
jika menghamilkan bayi perempuan.
5. Mengidam
Sesetengah wanita hamil mengidam makanan tertentu. Contohnya, mengidam
sayur-sayuran setiap kali hamil bayi perempuan dan mengidam daging
setiap kali hamil bayi lelaki. Jika anda mengidam sayur-sayuran pada
kehamilan sebelumnya dan bayi anda perempuan, maka perhatikan kehamilan
anda yang seterusnya, jika anda lebih cenderung memakan sayu-sayuran
juga. maka kemungkinan besar bayi anda adalah perempuan.
6. Kelakuan
Si ibu biasanya menonjolkan sifat atau jantina anaknya. Contohnya,
lebih suka melihat permainan budak lelaki atau wajah kanak-kanak lelaki
berbanding kanak-kanak perempuan. Kadangkala, si ibu juga berkemungkinan
membenci jantina yang bertentangan dengan jantina anaknya.. Contohnya
membenci budak perempuan jika kandungannya lelaki.
7. Cincin
Sesetengah wanita mengamalkannya untuk mengetahui kehamilan dan
sesetengah melakukannya untuk tujuan suka-suka. Bagaimana mengunakannya ?
Buka cincin anda dan ikatkan pada seutas benang. Angkat hujung benang
itu dan biarkan cincin berada atas perut tergantung, Perhatikan cincin
anda. Jika cincin anda bergoyang lurus ke hadapan, bayi anda
berkemungkinan lelaki. Dan, jika pergerakan cincin ke arah melintang,
bayi anda berkemungkinan besar adalah perempuan.
8. Ultrasound
Merupakan cara untuk mengetahui bayi anda 99% tepat jika si pemerhati mampu melihatnya dengan baik.
No comments:
Post a Comment