Pages

Wednesday 12 June 2013

KHASIAT MAKAN BUAH

Kita sedia maklum tentang kebaikan makan buah iaitu ia satu amalan pemakanan yang sihat. Namun, sejauh mana anda memahami faedah yang dapat diperoleh jika badan menerima buah-buahan sebagai antara sumber makanan?

Buah-buahan bukan sekadar dibasuh, dipotong dan dimakan. Tahukah anda, bahawa dengan memakan buah sebelum mengambil makanan lain, banyak manfaat yang dapat diperoleh.

Antaranya ialah membuang segala sisa toksid yang ada dalam badan dan membekalkan tenaga yang mencukupi untuk kegunaan aktiviti harian.

Buah-buahan adalah makanan yang tidak boleh ditinggalkan kerana khasiatnya yang pelbagai. Katakanlah anda makan dua keping roti dan kemudian sepotong buah. Disebabkan buah mudah dihadam berbanding roti, buah akan terlebih dahulu bersedia untuk ke perut melalui usus.

Tetapi perjalanan tersebut terhalang oleh roti yang mengambil sedikit masa untuk hadam. Dalam tempoh menunggu, makanan tadi yang sedang mengalami proses penapaian akhirnya menukarkan tahap pHnya kepada asid.

Akibatnya, apabila buah bertemu dengan makanan yang ada dalam perut dan jus penghadaman, kesemuanya rosak. Jadi, adalah lebih baik jika anda makan buah ketika perut sedang kosong atau sebelum makan.

Buah-buahan jika bercampur dengan makanan yang sudah menapai akan menghasilkan gas yang akhirnya membuatkan anda sendawa. Selain dari itu, masalah rambut beruban, membotak dan tanda hitam sekitar mata tidak akan terjadi jika anda amalkan makan buah sebelum makan makanan lain.

Kajian yang dijalankan juga menunjukkan bahawa semua jenis buah akan bertukar menjadi sifat alkali dalam badan manusia. Jadi, tidak benar kenyataan yang mengatakan buah seperti limau atau oren yang berasid akan menyebabkan perut turut berasid.

Tertib makan buah

Selain dari itu, jika minum jus buah-buahan, minumlah yang segar dan bukan daripada tin. Jangan minum jus yang sudah dipanaskan dan jangan makan buah-buahan yang sudah dimasak kerana di dalamnya sudah tiada khasiat.

Jadi, berhentilah makan bubur durian jika anda mahu mendapat khasiat buah durian. Memasak buah-buahan akan membuatkan segala vitamin yang terkandung di dalamnya musnah.

Makan buah-buahan jauh lebih baik daripada hanya minum jusnya kerana serat pada buah-buahan sangat baik untuk kita. Jika anda minum jus, minumlah perlahan-lahan kerana anda perlu membiarkan jus tersebut bercampur dengan air liur sebelum menelannya.

Tahukah anda bahawa makan buah akan lebih bermanfaat jika tahu bila dan bagaimana cara yang betul menikmatinya. Ketahuilah bahawa cara terbaik makan buah adalah ketika perut kosong.

Bukan seperti amalan yang sering dilakukan iaitu mengambilnya sebagai makanan pencuci mulut selepas hidangan utama.

Untuk memulakan hidup dengan buah-buahan, amalkan memakannya selama tiga hari berturut-turut. Inilah cara paling mudah dan berkesan untuk mencuci segala toksik dalam badan.

Didik si kecil anda juga untuk makan buah sejak mula memperkenalkan mereka dengan makanan pejal. Jadikan buah-buahan sebagai sajian tetap sebelum memulakan sajian utama dalam menu keluarga.

Anda hanya perlu makan buah-buahan dan minum jus sepanjang tiga hari itu dan anda pasti terkejut jika rakan mengatakan anda kelihatan begitu berseri-seri.
 

No comments:

Post a Comment