Pages

Wednesday, 12 June 2013

BAYI MERANGKAK?

Tentu ibu2 nak tengok cepat bayi merangkak..kemudian berjalan dan berlari... wah indahnya kehidupan

langkah yang boleh anda ambil untuk menggalakkan bayi anda merangkak secukupnya..

1-Pastikan bayi mendapat tummy time (ditiarapkan) secukupnya terutamanya semasa bayi berjaga.

2-Elakkan atau kurangkan penggunaan walker, stroller,buaian dan apa saja yang menghalang bayi mempraktikkan fasa ini.

3-Sediakan ruang yang mencukupi untuk bayi merangkak, dalam play-pen sama sekali tidak cukup K!

4-Semasa bayi meniarap, alihkan permainan kegemaran mereka bukan setakat ke depan sedikit saja, tetapi juga ke arah kanan dan kiri, supaya bayi berusaha untuk mencapai mainan tersebut.

5-Letakkan cermin di atas lantai (bersandar pada sofa) supaya bayi dapat melihat imejnya bergerak.

6-Ibubapa patut merangkak dan meniarap juga bersama bayi, bayi
lebih gemarkan anda berbanding permainannya itu.

7-Gunakan alas lantai yang berkotak2 (hitam dan putih macam dam aji tu) dan biarkan bayi bermain di atasnya. Bayi akan mudah mengesan bahawa dia bergerak apabila di atas lantai sebegini daripada di atas alas yang sama warna.

Akhir kata, tidak semua bayi merangkak dan tidak semua bayi yang tidak merangkak akan mengalami masalah apabila membesar kelak.

Bagaimanapun, merangkak adalah fasa penting dalam kehidupan bayi. Jadi, galakkan bayi anda merangkak secukupnya!
 
 

No comments:

Post a Comment